Newest Post
// Posted by :Unknown
// On :Kamis, 29 November 2012
Telah disampaikan kepada kami lbn
Buraidah dan Amir bin Syurahbil asy-Sya’bi, kabilah Hamdan bahawa dia pernah
bertanya kepada Fathimah binti Qais, saudara perempuan adh-Dhahhak bin Qais dan
termasuk kelompok perempuan pada hijrah pertama.
Amir berkata,”Sampaikanlah kepadaku
suatu hadis yang engkau dengar dari Rasulullah saw yang tidak engkau sandarkan
kepada siapapun selain beliau.”Fathimah berkata,”Jika engkau mahu niscaya aku
Iakukan.Amir berkata,”Tentu, sampaikanlah kepadaku.” Fathimah berkata,”Aku
menikahi lbn al-Mughirah. Dia termasuk pemuda plihan kaum Quraisy ketika itu.
LaIu dia terkena musibah pada permulaan jihad bersama Rasulullah saw. Ketika
aku telah menjadi janda, aku dilamar oleh Abdur Rahman bin ‘Auf untuk salah
seorang sahabatRasulullah saw. Sementara itu, Rasulullah melamarku untuk maulanya, Usamah
bin Zaid. Aku pernah diberitahu bahawa Rasulullah saw bersabda,”Barangsiapa
mencintaiku, maka hendaklah dia mencintai Usamah.Maka ketika Rasulullah saw
bercakap kepadaku, aku berkata,’Urusanku ada di tangan Anda. Nikahkanlah aku
kepada siapa saja yang Anda suka.’Lalu Rasulullah saw bersabda. ‘Pindahlah kamu
ke Ummu Syarik. ‘Ummu Syarik adalah perempuan kaya dan kalangan Ansar yang
telah banyak membrikan sumbangan di jalan Allah dan disinggahi banyak tamu. Aku
berkata, Aku akan melakukannya. Maka beliau bersabda.’Jangan engkau lakukan.
Sesungguhnya Ummu Syarik adalah seorang wanita yang banyak tamunya. Aku tidak
suka kain tudungmu jatuh atau baju tersingkap dan kedua betismu sehingga kaum
itu akan melihat auratmu. Tetapi, pindahlah ke putra pamanmu, ‘Abdullah bin Amr
bin Ummi Maktum, seorang Ielaki dani Bani Fihr’, Fathimah pun pindah kepadanya.
Ketika masa iddahku berakhir, aku
mendengar seruan seorang sahabat Rasulullah saw.’Marilah solah berjamaah” Maka
aku pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah saw. pada barisan wanita yang
berada tepat di belakang kaum itu. Setelah selesai solat, Rasulullah saw, duduk
di mimbar. Sambil tersenyum beliau bersabda.’Hendaklah setiap orang tinggal di
tempat salatnya.’Selanjutnya beliau bersabda,’ Apakah kamu semua mengetahui
sebab aku mengumpulkan kamu? Mereka menjawab,’Hanya Allah dan RasulNya yang
lebih mengetahui. ’Beliau bersabda,’Sesungguhnya aku, demi Allah tidak
mengumpulkan kamu semua bukan kerana ada pengharapan ataupun ketakutan.
Melainkan aku mengumpulkan kamu adalah kerana Tamim ad-Dari, yang dahulunya
seorang Nasrani, datang untuk berbai’at masuk Islam. Dia menceritakan kepadaku
seperti apa yang telah aku sampaikan kepada kamu tentang Dajjal. Dia
menceritakan kepadaku seperti apa yang telah aku sampaikan kepada kamu semua
tentang Dajjal.
Dia menceritakan kepadaku bahawa
dia mengemudi sebuah perahu bersama 30 orang dari Lakhm dan Judzam. Mereka
dipermainkan ombak selama sebulan di laut. Lalu mereka berlabuh menuju suatu
pulau di laut itu sampai terbenam matahari. Mereka dudukduduk di pantai dekat
perahu. LaIu mereka naik ke pulau itu. Maka mereka didatangi seekor binatang
yang banyak bulunya yang mereka tidak dapat membezakan mana bahagian depan dan
mana bahagian belakangnya.
Mereka berkata,
“Celaka kau, apakah kamu ini ?
Binatang itu menjawab.
‘Aku adalah mata-mata.’
Mereka bertanya,
‘Mata-mata apa?”
Dia menjawab,
‘Wahai kaum, pergilah kepada orang
yang berada di dalam gua, kenana dia merindukan berita dan kamu’
Tamim ad-Dari berkata, Ketika
binatang itu menyebutkan kepada kami seseorang, kami meninggalkannya kerana
mungkin dia adalah syaitan perempuan.
Selanjutnya dia berkala, lalu kami
berangkat segera hingga memasuki gua. Tiba-tiba di dalamnya ada seorang
manusia yang paling besar badannya dan diikat dengan rantai yang kuat. Kedua
tangan dan lehernya disatukan dan diikat dengan besi di antara hingga kedua
mata kakinya. Kami katakan,’Celaka kamu, makhluk apakah kamu ini? Dia
menjawab,”kamu telah mengetahui perihalku, kini beritahukan kepadaku, siapakah
kamu ini ?
Mereka menjawab,”Kami adalah
manusia dari Arab. Kami menaiki perahu lalu dihentam gelombang laut besar dan
ombak mempermainkan kami selama sebulan. Kemudian kami berlabuh di pulaumu in
Kami didatangi seekor binatang yang berbulu lebat sehingga tidak diketahui mana
bahagian muka dan mana bahagian belakangnya. Kami bertanya,”Celaka kamu, binatang
apa kamu ini?””Saya adalah mata-mata.” “Mata-mata apa?” ‘Pergilah kepada orang
yang berada di gua ini kerana dia sangat merindukan berita dari kamu.”
Maka kami pun segera mendapatkan
kamu. Kami takut pada binatang itu dan kami tidak tenang jangan-jangan ia
adalah syaitan betina. Orang itu berkata,”Beritahukan kepadaku tentang kurma
Baisan!”
(Baisan ialah negeri yang terkenal
sejak dahulu kala. Negeri ini berada dekat Syam Iama dan merupakan salah satu
kota di Palestin.)
Tentang apanya yang engkau nak tanyakan?”
“Aku bertanya kepada kamu
apakah kurma berbuah?”
“Sesungguhnya pohon kurma itu
hampir tidak akan berbuah.’
Lalu dia berkata lagi.
“Beritahukan kepadaku tentang Tasek
Thabariyyah!”
(Tasik Thabariyyah adalah tasik
besar. Panjangnya adalah sepuluh batu den /ebarnya enam batu. Tasek itu dalam
dan dapat dilayari kapa/. Tetapi airnya semakin berkurangan. lkannya ditangkap
daan airnya manis tawar. Jarak antara Tasik Thabariyyah den gan Bait
al-Muqaddis lebih kurang 100 batu.)
“Tentang apanya yang engkau nak
tanyakan’
“Apakah tasik itu masih berair ?
‘Ya Tasik itu masih banyak
airnya.””Sesungguhnya air tasik itu hampir habis,”
Dia berkata,
“Beritahukan kepadaku tentang mata
air Zughar!”
(Mata air Zughar adalah nama
seorang perempuan yang dinisbatkan pada mata air ini.)
“Mengenai apanya yang nak engkau
tanyakan?” “Apakah mata air itu masih memancarkan air? Dan apakah penduduknya
masih bercucuk tanam dan mata air itu?”
“Ya mata air itu masih memancarkan
banyak air dan penduduknya bercucuk tanam dari air tersebut.” “Terangkan
kepadaku tentang nabi yang diutus kepada orang-orang buta huruf, apa yang
dilakukannya?” “Dia telah keluar dari Mekah menuju Yatsrib,”
“Apakah orang-orang Arab
memenanginya?”
Ya”
“Bagaimana caranya dia
memperlakukan mereka7’ “Dia telah menundukkan orang-orang Arab terdekatnya,
sehingga mereka mengikutinya.”
“Apakah demikian?” “Ya”
‘lebih baik bagi mereka untuk
mengikutnya. Aku akan memberitahukan kepada kamu mengenai diriku. Aku ini
adalah aI-Masih. Aku hampir akan diizinkan keluar, maka aku akan keluar. Lalu
aku akan berjalan di muka bumi. Aku tidak melalui sesuatu kampung melainkan aku
tinggali selama 40 malam kecuali kola Mekah dan Thaibah (Madinah). Kedua kota
itu diharamkan atasku. Setiap aku akan memasuki salah satu kota itu, aku
dihadang oleh malaikat yang memegang pedang untuk memenggalku. Di setiap celah
kedua kota itu dijaga oleh para malaikat.”
Fathimah berkata,
“Sambil
memukulkan tongkatnya pada mimbar, Rasulullah saw bersabda.”lni adalah Thaibah,
yakni kota Madinah. lngatlah, apakah hal itu telah aku sampaikan kepada kamu?”
Orang ramai menjawab :”Benar.”
Nabi Muhammad saw bersabda,”Sungguh
cerita Tamim itu sesuai dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu, juga
mengenai kota Mekah dan Madinah. Ketahuilah sesungguhnya Dajjal itu berada di
Iaut Syam atau di Iaut Yaman, bukan dari arah timur, bukan dari arah timur,
bukan dari arah timur.” Baginda mengisyaratkan dengan tangannya ke arah
timur.”Selanjutnya Fathimah berkata,”Maka aku menghafalkan hadis ini dari
Rasulullah.”
Kemudian Tamim ad-Dari pergi
bersama kawan-kawannya dan tidak kembali lagi ke pulau itu. Kalaupun mereka
berflkir untuk kembali ke pulau itu, mereka tidak akan dapat sampai ke pulau
itu, walaupun mereka mempunyai pengalaman belayar. Sebab setelah peristiwa ini
pulau tersebut menjadi jauh untuk sampai ke situ. Ombak-ombaknya digerakkan
dengan kekuasaan Allah swt. Seakan-akan ombak itu sendiri adalah perahu yang
bergerak di lautan. Allah menetapkan bahawa tidak ada seorang pun yang datang
ke pulau itu setelah Dajjal ada di dalamnya.